Kem SMART Solat

Kem Smart Solat 2011/2012 merupakan program berbentuk kerohanian yang akan dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) pada 13 hingga 15 April 2012 bertempat di Desasiswa Restu, Universiti Sains Malaysia. Program ini mempunyai pengisian tentang cara-cara solat yang betul dan diberikan tunjuk ajar tentang kaedah melakukan beberapa jenis solat yang khas seperti solat darurat.

Program ini disasarkan kepada Warga USM yang beragama Islam dan seramai 50 orang peserta telah menyertai program ini.

Program bermula dengan penerangan tentang wirid dan panduan kedudukan dalam solat, serta bacaan dan tertib dalam solat yang disampaikan oleh Saudara Mohammad Faiz Bin Omar .

Selepas minum pagi, para peserta dibawa meredah kawasan hutan di Taman Rekreasi USM. Kaedah mengambil air solat secara wajib telah diajar dan aktiviti solat darurat telah dilaksanakan.

Program tamat pada pukul 2 petang dan diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

2012-03-020        2012-03-021

2012-03-019         2012-03-022