Sejarah Restu

Sejarah Desasiswa Restu
 
 
Tarikh Perasmian                 :         12 September 2004
Dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Hj. Shafie Bin Mohd Salleh  
Tarikh Mula Beroperasi         :         15 Mei 2004
[Pihak pengurusan dan staf Restu berpindah dari Desasiswa Cahaya Permai]
     Pengurusan awal Desasiswa Restu berasal daripada pengurusan Desasiswa Cahaya Permai yang ditutup kerana penggabungan desasiswa Gemilang dan Blok Cahaya menjadi Cahaya Gemilang, serta Desasiswa Bakti dan Blok Permai menjadi Bakti Permai.
 Blok H29
 Bangunan Lama Pejabat Desasiswa Cahaya Permai (Lokasi Pusat Sejahtera USM sekarang)
 
 
Pengurusan Desasiswa Restu [Pada awalnya]
 
RST1
 
Penggawa Yang Pertama : Allahyarham Dr. Jamaludin Osman
                                    [15 Mei 2004 - 10 November 2006]
Pen. Penggawa                : En. Azmi Hassan
Pen. Penggawa                : En. Shahrizal Nazri
Pen. Penggawa                : Pn. Rosnah Idrus
Felo                                   : Pn. Farizzatul Syahnaz Mohd Mokhter
Pen. Pengurus Asrama     : Pn. Ina Rozana Musa        
 
Setelah pemergian allahyarham Dr. Jamaludin Osman pada 10 November 2006, En. Azmi Hassan memangku tugas-tugas  penggawa sehingga Dr. Rahimah Hj. A Hamid mendapat lantikan sebagai penggawa pada Disember 2007.
 
Puan Farizzatul Syahnaz Mohd Mokhter, Felo Desasiswa Restu pula menyambung pengajian beliau ke luar negara pada awal tahun 2008 dan digantikan pula dengan Dr. Nik Haslinda Nik Hussain dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
 
Pada tahun 2013 jawatan Felo Desasiswa di USM dinaiktaraf dan ditukarkan kepada lantikan skim Penolong Penggawa keseluruhannya.
 
 
Staf Sokongan Desasiswa Restu
 
Pada asalnya terdapat seramai 5 orang Pekerja Rendah Awam (PRA), 2 lelaki dan 3 perempuan. Pada tahun 2005, seorang pekerja perempuan telah mendapat Medical Board maka tinggal 2 sahaja pekerja perempuan dan 3 pekerja lelaki.
 
Penyelia Asrama pada awalnya ada seorang sahaja iaitu Encik Zainordin Abd Rahman (juga dari Desasiswa Cahaya Permai), tetapi pada tahun 2006 pihak desasiswa telah mendapat seorang lagi Penyelia Asrama, Encik Nosalzlee Zainoba kerana seorang sahaja tidak dapat menampung beban kerja begi penyelenggaraan 2 blok tersebut.
 
 
 
Bangunan Asrama Desasiswa Restu
 
Terdapat 2 bangunan 10 tingkat, iaitu M01 untuk pelajar lelaki dan M02 untuk pelajar perempuan yang boleh menempatkan sebanyak 1033 orang pelajar setiap blok, dengan jumlah pelajar 2066. Blok desasiswa ini bagaimanapun dibahagi kepada 5 aras (1,3,5,7,9) bagi perkhidmatan lif dan pantry kerana setiap aras bergabung dan berkongsi koridor serta kemudahan lain.
 
Pada peringkat awal blok lelaki M01 mempunyai 3 tingkat [tingkat 8 hingga 10] yang diduduki oleh pelajar-pelajar Ijazah Tinggi dari pelbagai bangsa dan agama. Jumlah keseluruhan tempat untuk mereka adalah dalam anggaran sebanyak 200 orang. Setelah Desasiswa Bakti Permai dinaiktaraf dan khususkan untuk pelajar Ijazah Tinggi maka penempatan mereka di Desasiswa Restu semakin berkurang.
 
Kemudahan asas yang disediakan di pantry umum Desasiswa Restu adalah seterika dan mesin air panas. Perkhidmatan dobi mula diperkenalkan pada tahun 2005 dengan mesin basuh sebanyak 3 buah dan mesin kering sebanyak 1 buah bagi setiap satu pantry.
 
 
 
 
 
Sejarah Desasiswa di USM.
 
 
Penubuhan asrama desasiswa dalam kampus USM yang pada asalnya menumpang di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (MPPP)  1969-1970 bermula pada 1971 setelah RAAF (Royal Australia Air Force) mengosongkan Minden Barracks (1938-1971). Desasiswa USM pada awalnya terbahagi kepada beberapa buah asrama gabungan bangunan bersejarah dibina pada 1938 dan diubahsuai serta bangunan kayu yang dinamakan sebagai desa A, B, C, D singkatan huruf bagi Aman, Bakti, Cahaya, dan Damai. Lokasi asal desasiswa Aman adalah di sekitar kawsan tasik Harapan dan ianya didirikan di atas struktur kayu yang kemudiannya terbakar pada tahun 1986. Kemudiannya kewujudan asrama desasiswa Fajar dan Permai dibuka sekitar tahun 1982, selain blok tambahan yang baharu iaitu H13 atau lebih dikenali sebagai Hilton.
 UPP1
 
 

 
Blok H23 BLOKH23
Bangunan H23 antara kemudahan blok asrama USM di desasiswa Cahaya yang terawal pada 1971 (dibina 1938) kini menempatkan Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti P3U dan juga Seksyen Hasil dan Kewangan Pelajar Jabatan Bendahari.
 
Pada 1983 dua (2) buah dessiswa lagi diwujudkan iaitu Desasiswa Harapan dan Desasiswa Gemilang. yang boleh memuatkan seramai 1000 orang setiap desasiswa. Pada masa ini kebanyakan bilik dihuni berkongsi 3 orang sebilik dengan kadar sewa sebanyak RM2.10/sehari seorang.
desa harapan 1990
Bangunan Desasiswa Harapan sekitar 1984, pandangan dari arah persimpangan. 
 
Asrama desasiswa Aman yang terbakar didirikan semula di tapak baharu yang kini lokasi blok desasiswa Aman Damai bangunan K01-K10 sekitar tahun 1986.
  
Pada tahun 1994 dua (2) buah desasiswa lagi dibuka iaitu desasiswa Indah (678 orang) dan Desasiswa Kembara (678 orang). Pada masa tersebut terdapat 10 buah desasiswa iaitu desasiswa Aman, Damai, Fajar, Harapan, Bakti, Cahaya, Permai, Gemilang, Indah, dan Kembara.
Justeru pada 1998 Unit Perumahan dan Penginapan Universiti ditubuhkan bagi menyelaras aktiviti desasiswa dan menyusun semula pengurusan asrama desasiswa di USM. Penggabungan desasiswa telah dilakukan; Aman Damai, Fajar Bakti, Harapan, Cahaya Permai, Gemilang dan Indah Kembara. 
 
Pada 2004 sekali lagi penyelarasan dilakukan apabila pembukaan desasiswa baharu iaitu Restu, Saujana dan Tekun. Desasiswa yang digabung adalah Desasiswa Aman Damai, Bakti Permai, Cahaya Gemilang, Fajar Harapan, dan Indah Kembara. Menjadikan 8 buah desasiswa keseluruhannya.Kapasiti penghunian bilik-bilik penginapan diubah daripada 3 atau 4 orang sebilik kepada 2 orang sebilik. Desasiswa belum dinaiktaraf menggunakan kadar RM2.70 manakala desasiswa baharu atau yang telah dinaiktaraf dicaj RM4.00 seorang bagi bilik berdua.
 
                            H21 H21.1
      Bangunan H21 & H22 desasiswa Cahaya diroboh pada tahun 2008, diatas tapak Kompleks Cahaya Siswa pada hari ini.
 
Tahun 2008 menyaksikan blok asrama Cahaya H20 - H25 diambilalih keseleruhan dan dinaiktaraf sebagai one-stop centre BHEPP yang berpindah daripada Canselori 2 berhampiran menara tangki air (sebelah Pusat Bahasa & Terjemahan). Bangunan H21 dan H22 diroboh dan diganti dengan Kompleks Cahaya Siswa.
Seterusnya pada tahun 2016 desasiswa-desasiswa telah digabungkan dan menjadikan hanya 6 buah desasiswa sahaja yang disatukan pengurusannya iaitu desasiswa Aman Damai Fajar Harapan, Desasiswa Bakti Permai Cahaya Gemilang, Desasiswa Indah Kembara, Desasiswa Restu, Desasiswa Saujana dan Desasiswa Tekun. 
 
 
 
 

usma1a6a8a4a3a2a5expert