Dari Meja Penggawa

 

 DR. NIK HASLINDA NIK HUSSAIN

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman sesawang Desasiswa Restu, terutamanya kepada para pelajar yang baharu menjadi warga Desasiswa Restu.

Desasiswa Restu menawarkan pelbagai kemudahan prasarana yang diperlukan oleh para pelajar yang menghuninya. Sebagai penghuni, para pelajar dikehendaki bersifat proaktif dengan menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dengan melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan yang dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Restu [MPDR] dan juga Universiti. Para pelajar juga dikehendaki meraih kecemerlangan dalam bidang akademik. Ini bagi memudahkan laluan penghuni terpilih untuk mendapat tempat penginapan di desasiswa pada sidang berikutnya. Penghuni yang tidak aktif dan mendapat mata MyCSD yang rendah berisiko tinggi untuk tidak mendapat tempat penginapan yang terhad di dalam kampus.

Perlu diingatkan juga bahawa desasiswa ini amat menitikberatkan soal disiplin. Pelajar yang ingkar terhadap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan akan dikenakan tindakan disiplin termasuk denda dan dikeluarkan daripada desasiswa.

Akhir kata, selamat maju jaya dan meraih kecemerlangan bersama-sama dengan Desasiswa Restu.

Sekian, terima kasih dan Wassalam..

Dr. Nik Haslinda Binti Nik Hussain

Penggawa Desasiswa Restu / 
Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
11800 USM, Pulau Pinang.
Tel: 04-6534466 [Restu]/ 04-6532850 [PPIK]
Faks: 04-6579966 [Restu]/ 04-6563707[PPIK]
E-mel: nlinda@usm.my

usma1a6a8a4a3a2a5expert