Perutusan YDP MPDR

FIZOL FULL

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ini mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab dan amanah bagi memimpin Majlis Penghuni Deasiswa Restu (MPDR) dan menjadi penghubung antara Pengurusan dengan penghuni. Tahniah juga diucapkan kepada barisan Majlis Tertinggi MPDR, para exco dan juga pembantu exco yang terpilih bagi sama-sama berganding bahu untuk menerajui kepimpinan Majlis Penghuni Desasiswa Restu.

Pada sidang akademik 2016/2017 kami berazam untuk sama-sama mencapai kecemerlangan dalam pelbagai projek yang telah anjurkan terutama projek universiti yang melibatkan penyertaan daripada para penghuni Desasiswa Restu. Kami juga berhasrat menwujudkan MPDR sebagai sebuah organisasi yang memperkasakan kebajikan penghuni dalam melahirkan modal insan yang H.E.B.A.T. seiring dengan matlamat Univserisiti Sains Malaysia (USM).

Seterusnya, saya ingin menyeru kepada semua penghuni Desasiswa Restu untuk sama-sama turut serta dalam aktiviti-aktiviti di Desasiswa Restu terutama aktiviti yang melibatkan pertandingan antara desasiswa bagi menaikan nama Desasiswa Restu ini.

Akhir kata, selamat maju jaya dan sama-sama meraihkan Kecemerlangan di Desasiswa Restu.

Sekian, Terima Kasih.

Wan Hafizol bin Wan Yaacob
Yang Dipertua
Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR)
Sidang Akademik 2016/2017

 

 

usma1a6a8a4a3a2a5expert