Universiti Sains Malaysia Kuala Lumpur   |  USM@KL

OUTREACH KULIM : LEVEL UP

Program OUTREACH KULIM merupakan program kerjasama antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Jabatan Pendidikan Tinggi, Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Sains Malaysia (USM), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim, Pejabat Pendidikan Daerah Kulim, Jabatan Pendidikan Negeri P.Pinang dan Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) USM.

Dengan bertemakan “Level Up”, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar- pelajar sekolah terutamanya pelajar Tingkatan Lima & pelajar Tingkatan Enam, Guru -guru kaunseling berkenaan panduan dan maklumat kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam/ Politeknik/Kolej Komuniti khususnya di sekitar daerah Kulim, Kedah & Bertam,Pulau Pinang.

📅 Program ini akan berlangsung pada: 20/3/2023 (Isnin)
⏰ Masa: 8:30 pagi hingga 5.00 petang
🏫 Lokasi: Dewan Muadzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah:

- Pameran Pendidikan tinggi yang terdiri daripada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA-JPT)/ Unit Pusat Universiti-UPU),IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.
- Taklimat Pendidikan Tinggi
- Kaunter Runding Cara dan Konsultasi percuma panduan permohonan UPUONLINE®️
- Kaunter Permohonan UPU dibuka
- Saringan kesihatan percuma
- Sukaneka dan pelbagai lagi

JADI TUNGGU APA LAGI⁉️
JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA‼️
JUMPA ANDA DISANA‼️

#LEVELUP
#OUTREACHKULIM
#WOWHEBAT 

WACANA 18 : POLITIK ANAK MUDA NUSANTARA

Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) dengan kerjasama Kelab Sains Politik (KeSPol) akan mengadakan Wacana’18: Politik Anak Muda Nusantara pada ketetapan berikut:

🗓Tarikh: 19 Jun 2023 (Isnin)
⏰Masa: 7:30 p.m. - 11:30 p.m.
🏫Tempat: Dewan Budaya, USM

Mari sertai kami bersama:

📣Panel 1: YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan)
📣Panel 2: YB Datuk Dira Abu Zahar (Timbalan Pengerusi JPPP TVET Melaka & ADUN Rim Melaka)
📣Panel 3: Profesor Dr. Sivamurugan A/l Pandian (Pensyarah Sosiologi Politik, Universiti Sains Malaysia)

🌟Pendaftaran percuma
🌟E-Sijil disediakan
🌟Mata MyCSD disediakan

Tak cukup?
Wacana’18 juga menyediakan FOODTRUCK, SPIN TO WIN dan KIOSK DABOBA bermula pada jam 12:00 tengah hari di Permatang Pelajar USM (di hadapan Dewan Budaya)‼️🤩

Jadi? Tunggu apa lagi?
Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama dengan panel-panel HEBAT kita🫶🏻🔥

Pautan link pendaftaran👇🏻:
http://surl.li/hyrvg

Kouta yang ditetapkan dah penuh⁉️😱😔

Jangan bimbang✨
Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk sertai kami secara fizikal, diminta untuk isi juga pautan link pendaftaran di atas👆🏻untuk menyertai kami secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
011-2756 2510 (Ariff)
017-319 2970 (Ikhmal)

#WOWHEBAT
#MALAYSIAMADANI 

DEBAT NAIB CANSELOR 2022/2023

[SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PENDEBAT DESASISWA RESTU]

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan pendebat yang telah mewakili Desasiswa Restu untuk Debat Piala Naib Canselor Sidang Akademik 2022/2023 atas pencapaian meraih tempat ke-3 secara keseluruhan 👏🏻

Tahniah juga diucapkan kepada Muhammad Nor Azlan Bin Yusof kerana telah menerima 4 anugerah sebagai Pendebat Terbaik dalam pusingan liga.

Terima kasih kepada para pendebat dan semua ahli jawatankuasa yang terlibat sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga berjumpa lagi bagi DPNC pada sidang yang akan datang 🧡🐯

#DPNC2023
#WOWHEBAT
#RESTUSAYANGPENDEBAT 

tiktok  tiktok  tiktok  tiktok

ALL RIGHTS RESERVEDDESASISWA RESTU © 2024icon admin