Universiti Sains Malaysia Kuala Lumpur   |  USM@KL

ANUGERAH PERDANA DESASISWA TERBAIK 2022/2023

OUTREACH : LEGASI RESTU MPDR

[OUTREACH: LEGASI RESTU SIDANG AKADEMIK 2022/2023]

Pada 25 hingga 27 Februari yang lepas, Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) telah mengadakan program Outreach: Legasi Restu yang bertempat di Hatyai, Thailand 🇹🇭

Program ini merupakan lawatan sambil belajar di mana ahli MPDR diberi peluang untuk mengunjungi negara luar di samping bertukar buah pandangan dengan salah satu Universiti di negara tersebut iaitu Hatyai University 🏢. Terdapat juga beberapa aktiviti berkumpulan yang dijalankan di sana.

Selain itu, ahli MPDR berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri budaya dan etnik masyarakat di sana serta dapat berkomunikasi secara dua hala bersama mereka. Diharapkan agar lawatan ini dapat memberi pengalaman yang baru dan memupuk kemahiran kepimpinan sesama ahli MPDR melalui aktiviti-aktiviti telah yang dijalankan🔥

#WOWHEBAT
#LEGASIRESTU22/23
#RESTUSAYANGPENGHUNI 

TRAIN TO HUMANITY 5.0

*Program Train To Humanity 5.0 kini kembali lagi 🔥‼️*

📍Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) akan menganjurkan *Program Train to Humanity 5.0* yang bertajuk _*"Speak Out: Educating A Healthy Community"*_🎙️ yang melibatkan pelbagai aktiviti ✨ sepanjang program tersebut seperti:

🧾 Forum Pendidikan Seks
🧾 Solidariti Pendidikan
🧾 _Together We Stamp_
📑MyCSD disediakan‼️
🧾Berikut merupakan ketetapan program:

📆Tarikh: 9 Julai 2023
⏰Masa. : 8:00 pm - 11:00 pm
📌Tempat : Dewan Budaya, USM
💸 Yuran : RM 8 (pelajar USM)
: RM 10 (bukan pelajar USM)

🙌🏻 Sertailah kami dan marilah sama-sama kita menghasilkan komuniti yang sihat dari segi pembelajaran 📖👩🏻‍🎓

🤩 Anda berminat ??

📲 Klik pada pautan _Google Form_ di bawah untuk mendaftar👇🏻🔗https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSccWAsNPoyECe61YCBwVxTGlkUj5prQ4qdqrD0u3MaWz17oVQ/viewform?usp=pp_url

📍Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 Zai (016- 939 9448)
📞 Milla (016-419 4064)

*_#TTH5.0_*
*_#EDUCATION_*
*_#WOWHEBAT_* 

ANNUAL RESTU NIGHT OF APPRECIATION

JALINAN MASYARAKAT BAKTISISWA / KELUARGA ANGKAT

[SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH KEPADA PESERTA BAKTISISWA RESTU DALAM MENJAYAKAN PROGRAM JALINAN MASYARAKAT BAKTISISWA/KELUARGA ANGKAT]

Pada 4 Ogos hingga 6 Ogos 2023 yang lalu, Majlis Penghuni Desasiswa Restu telah menganjurkan program Jalinan Masyarakat Baktisiswa bersama keluarga angkat di Kampung Tasek Junjong, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Program ini melibatkan kerjasama daripada beberapa pihak iaitu Masjid Jamek Tasek Junjong, MPKK Tasek Junjong, Kolej Mara Kulim, Unit Pengambilan Pelajar (BPA USM), Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM USM) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMI USM).

Pihak Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada peserta yang telah menyertai dan menjayakan program ini. Semoga hubungan yang terjalin bersama keluarga angkat sepanjang program ini berlangsung kekal berterusan. ✨

#WOWHEBAT
#BAKTISISWARESTU
#RESTUSAYANGSEMUA

tiktok  tiktok  tiktok  tiktok

ALL RIGHTS RESERVEDDESASISWA RESTU © 2024icon admin