Universiti Sains Malaysia Kuala Lumpur   |  USM@KL

AC HOTEL BY MARRIOTT PENANG, 26 Januari 2024 - Anugerah Sanjungan Desasiswa (ASD) adalah anugerah tahunan bagi memberi apresiasi kepada program-program yang dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) di Universiti Sains Malaysia (USM). Desasiswa Jaya Lembaran Utama dipilih sebagai tuan rumah bagi ASD pada tahun ini dan membawa tema Oscar Award.

Bersempena dengan ASD pada tahun ini, enam kategori dibawah Anugerah Projek Terbaik telah dipertandingkan. Enam kategori tersebut termasuklah kategori Kebudayaan, Keusahawanan, Sukan dan Rekreasi, Kesukarelawanan, Akademik dan Intelektual dan Projek Terbaik Sepunya. Bersama enam kategori ini diselitkan juga dengan anugerah Elit dan Eksekutif terbaik daripada setiap desasiswa. Akhir sekali, tidak lain tidak bukan adalah anugerah yang menjadi rebutan setiap desasiswa iaitu Anugerah Perdana Desasiswa Terbaik.

Dengan jayanya, Desasiswa Restu telah memenangi Anugerah Projek Terbaik bagi kategori Sukan & Rekreasi dengan projek yang bertajuk Mini E-Sport Festival: Game On!  yang diurus oleh Edu Sinusi sebagai Pengarah Projek bagi program ini. Berikutan itu, Puan Nurul Farhana telah mendapat Anugerah Citra (Penolong Penggawa Desasiswa Terbaik) serta saudara Shamil Shazwan bin Abu Bakar mendapat Anugerah Prima (Majlis Tertinggi Terbaik)

Di samping itu, saudara Wong Kian Seng dan saudari Nur Insyirah Maisara Binti Md Fadli telah mewakili Desasiswa Restu bagi Anugerah Elit (Exco Terbaik) dan Anugerah Eksekutif (Penolong Exco Terbaik). Suasana di AC Hotel by Marriott Penang gamat dengan laungan membara apabila Desasiswa Restu diumumkan merangkul kejuaraan dalam Anugerah Perdana Desasiswa Terbaik 2024, sekaligus melakar rekod baharu. 

Majlis Penghuni Desasiswa Restu mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua yang terlibat dan menyokong segala program yang dianjurkan oleh Desasiswa Restu. Sesungguhnya andalah tulang belakang kepada kejayaan kami. Semoga kejayaan besar ini mampu meniup api semangat MPDR pada sidang ini untuk terus memacu ke hadapan. Sekian, salam hormat.

Teks disediakan oleh : Nur Aliatul Aina Binti Mohd Sihar (Setiausaha Kerja)

Suntingan : Nurul Athirah Hazwani binti Mohd Rajme (Setiausaha Agung), Jaz Zairil bin Abdul Jamin @ Abdul Jamil (Naib Yang Dipertua 1), Lai Chin Wei (Yang Dipertua)

Foto : Encik NirMaryadi Rashid, Jaz Zairil bin Abdul Jamin @ Abdul Jamil dan Sharmilla Shafie (Media)

tiktok  tiktok  tiktok  tiktok

ALL RIGHTS RESERVEDDESASISWA RESTU © 2024icon admin