Universiti Sains Malaysia Kuala Lumpur   |  USM@KL

ROYAL BELUM, PERAK, 22 Disember - 24 Disember 2023 - Telah berlangsungnya beberapa aktiviti Kem Kepimpinan Majlis Tertinggi Majlis Penghuni Desasiswa Restu bertempat di Royal Belum, Perak baru-baru ini. 

Beberapa aktiviti dijalankan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental para Majlis Tertinggi sewaktu kem dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah berakit. Para peserta dihanyutkan ke tengah-tengah tasik dan perlu bekerjasama antara satu sama lain untuk sampai ke destinasi asal semula. Para peserta juga didedahkan kepada teknik asas renangan seperti "Water Confident". 

Selain itu, aktiviti Survival Cooking juga diterapkan dengan bermotifkan konsep bekerjasama kepada peserta melalui pendekatan penyediaan makan malam BBQ kepada semua yang hadir. 

Aktiviti lasak fizikal seperti pendakian ke air terjun turut diterapkan kepada ahli supaya ketahanan ini dapat menjadi pemangkin untuk Majlis Tertinggi dapat memberi komitmen yang jitu ketika bertugas menjaga kebajikan dan kesejahteraan penghuni kelak. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan Desasiswa Restu kerana telah memberi peluang kepada barisan Majlis Tertinggi untuk melatih diri menjadi seorang pemimpin yang lebih berkualiti. Diharapkan agar nama Desasiswa Restu akan terus berkembang ke peringkat yang lebih tinggi. Sekian, salam hormat.

Teks disediakan : Nurul Athirah Hazwani binti Mohd Rajme (Setiausaha Agung)

Suntingan : Lai Chin Wei (YDP)

Foto : Sharmilla binti Shafie (Media)

tiktok  tiktok  tiktok  tiktok

ALL RIGHTS RESERVEDDESASISWA RESTU © 2024icon admin