Universiti Sains Malaysia Kuala Lumpur   |  USM@KL

SMK BUKIT GAMBIR, PULAU PINANG, 15 Disember 2023 : - Telah berlangsungnya program khidmat masyarakat iaitu Program Motivasi Murid Tingkatan 5 "Anda Dilahirkan untuk Berjaya" di SMK Bukit Gambir untuk memberi suntikan motivasi kepada murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Program motivasi ini merupakan suatu program kolaborasi bersama komuniti luar dengan kerjasama pihak pengurusan SMKBG dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seiring dengan agenda universiti untuk mengukuhkan hubungan kerjasama dengan masyarakat luar melalui program ilmiah.

Aktiviti yang dijalankan seperti sesi forum yang dikendalikan oleh moderator Puan Mu'azzah Ismail iaitu Ketua Penolong Pendaftar Pusat Pengajian Sains Farmasi merangkap Penolong Penggawa Desasiswa Restu.

Turut dihadiri oleh 3 orang panel yang hebat antaranya Dr. Aidiahmad Dewa iaitu seorang pensyarah merangkap Pengerusi Rancangan Disiplin Fisiologi Pusat Pengajian Sains Farmasi, Puan Fauziah Abdullah selaku Pegawai Psikologi Kanan Unit Kaunseling BHEPA dan akhir sekali wakil pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Komunikasi iaitu saudara Shamil Shazwan bin Abu Bakar merangkap mantan Pengerusi Majlis Yang Dipertua Desasiswa (MYDP).

Selain itu, program ini terdiri daripada 10 orang barisan fasilitator dari pelbagai bidang yang juga merupakan Majlis Tertinggi Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) yang mengendalikan pelbagai aktiviti berkumpulan bersama 80 orang murid Tingkatan 5 SMK Bukit Gambir. Secara tidak langsung, program ini turut memperkasa bakat pelajar-pelajar USM dalam kepimpinan, kesukarelawan, kerja berpasukan serta mengukuhkan kemahiran komunikasi bersama pihak sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana telah mengadakan program ini. Diharapkan agar sesi motivasi ini dapat memberi impak dan semangat kepada murid Tingkatan 5 untuk belajar dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang bagi SPM yang menjelang tiba. Semoga melalui program ini, kerjasama antara pihak USM bersama SMKBG dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Sekian, salam hormat.

Teks disediakan : Nurul Athirah Hazwani binti Mohd Rajme (Setiausaha program)

Suntingan : Puan Mu'azzah binti Ismail (Penasihat Program)

Foto : Sharmilla binti Shafie (Media Program)

tiktok  tiktok  tiktok  tiktok

ALL RIGHTS RESERVEDDESASISWA RESTU © 2024icon admin