Universiti Sains Malaysia   |  Kampus Induk

NEWS 06

SMK BUKIT GAMBIR, PULAU PINANG, 15 Disember 2023 : - Telah berlangsungnya program khidmat masyarakat iaitu Program Motivasi Murid Tingkatan 5 "Anda Dilahirkan untuk Berjaya" di SMK Bukit Gambir untuk memberi suntikan motivasi kepada murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Program motivasi ini merupakan suatu program kolaborasi bersama komuniti luar dengan kerjasama pihak pengurusan SMKBG dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seiring dengan agenda universiti untuk mengukuhkan hubungan kerjasama dengan masyarakat luar melalui program ilmiah.

Aktiviti yang dijalankan seperti sesi forum yang dikendalikan oleh moderator Puan Mu'azzah Ismail iaitu Ketua Penolong Pendaftar Pusat Pengajian Sains Farmasi merangkap Penolong Penggawa Desasiswa Restu.

Turut dihadiri oleh 3 orang panel yang hebat antaranya Dr. Aidiahmad Dewa iaitu seorang pensyarah merangkap Pengerusi Rancangan Disiplin Fisiologi Pusat Pengajian Sains Farmasi, Puan Fauziah Abdullah selaku Pegawai Psikologi Kanan Unit Kaunseling BHEPA dan akhir sekali wakil pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Komunikasi iaitu saudara Shamil Shazwan bin Abu Bakar merangkap mantan Pengerusi Majlis Yang Dipertua Desasiswa (MYDP).

Selain itu, program ini terdiri daripada 10 orang barisan fasilitator dari pelbagai bidang yang juga merupakan Majlis Tertinggi Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) yang mengendalikan pelbagai aktiviti berkumpulan bersama 80 orang murid Tingkatan 5 SMK Bukit Gambir. Secara tidak langsung, program ini turut memperkasa bakat pelajar-pelajar USM dalam kepimpinan, kesukarelawan, kerja berpasukan serta mengukuhkan kemahiran komunikasi bersama pihak sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana telah mengadakan program ini. Diharapkan agar sesi motivasi ini dapat memberi impak dan semangat kepada murid Tingkatan 5 untuk belajar dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang bagi SPM yang menjelang tiba. Semoga melalui program ini, kerjasama antara pihak USM bersama SMKBG dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Sekian, salam hormat.

Teks disediakan : Nurul Athirah Hazwani binti Mohd Rajme (Setiausaha program)

Suntingan : Puan Mu'azzah binti Ismail (Penasihat Program)

Foto : Sharmilla binti Shafie (Media Program)

NEWS 05

KAMPUNG KLEWANG, PERAK - Pada 23 Disember 2023 yang lalu, Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) bersama Pengurusan Desasiswa Restu telah membuat kunjungan ke perkampungan orang asli di Royal Belum, Perak. Bagi mereka yang terbiasa dengan menggunakan kemudahan asas dalam kehidupan harian mereka, kami amat kagum dengan kaum Orang Asli yang hidup tanpa elektrik dan sumber air paip.

Penduduk suku kaum jahai ini juga perlu menempuh perjalanan menggunakan laluan air iaitu sungai selama 2 jam ke jeti sebelum berkunjung ke Pekan Grik bagi mendapatkan keperluan asas harian. Adat-adat yang dipersembahkan oleh suku kaum ini juga berlainan dengan adat yang biasa kita amati.

Pihak MPDR dan pengurusan teruja serta gembira melihat kanak-kanak yang pada mulanya malu akan kehadiran kami namun demikian kembali mesra setelah disapa. Pihak Pengurusan juga berkesempatan untuk bermain permainan bersama kanak-kanak ini dan suasana riang gembira bergema di perkampungan tersebut dek kehadiran kami. 

Di samping itu, pihak MPDR mengambil peluang untuk berkenalan bersama beberapa orang kanan-kanak disitu sambil mengedarkan makanan percuma. Seperti kata salah seorang ahli MPDR, “Kanak-kanak di sini sangat mesra dan kami gembira dapat berkongsi kegembiraan bersama mereka,” katanya.

Begitulah pengalaman ahli MPDR dan pihak Pengurusan melihat kehidupan mereka secara langsung, menggantikan pengalaman melalui kaca televisyen. Kini setiap ahli dapat merasai sendiri pengalaman tersebut malah mendapat peluang untuk menimba serba sedikit pemahaman tentang kehidupan mereka di sana.

Teks disediakan : Nur Aliatul Aina binti Mohd Sihar (Setiausaha Kerja)

Suntingan : Lai Chin Wei (YDP)

Foto : Sharmilla binti Shafie (Media)

NEWS 04

ROYAL BELUM, PERAK, 22 Disember - 24 Disember 2023 - Telah berlangsungnya beberapa aktiviti Kem Kepimpinan Majlis Tertinggi Majlis Penghuni Desasiswa Restu bertempat di Royal Belum, Perak baru-baru ini. 

Beberapa aktiviti dijalankan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental para Majlis Tertinggi sewaktu kem dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah berakit. Para peserta dihanyutkan ke tengah-tengah tasik dan perlu bekerjasama antara satu sama lain untuk sampai ke destinasi asal semula. Para peserta juga didedahkan kepada teknik asas renangan seperti "Water Confident". 

Selain itu, aktiviti Survival Cooking juga diterapkan dengan bermotifkan konsep bekerjasama kepada peserta melalui pendekatan penyediaan makan malam BBQ kepada semua yang hadir. 

Aktiviti lasak fizikal seperti pendakian ke air terjun turut diterapkan kepada ahli supaya ketahanan ini dapat menjadi pemangkin untuk Majlis Tertinggi dapat memberi komitmen yang jitu ketika bertugas menjaga kebajikan dan kesejahteraan penghuni kelak. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan Desasiswa Restu kerana telah memberi peluang kepada barisan Majlis Tertinggi untuk melatih diri menjadi seorang pemimpin yang lebih berkualiti. Diharapkan agar nama Desasiswa Restu akan terus berkembang ke peringkat yang lebih tinggi. Sekian, salam hormat.

Teks disediakan : Nurul Athirah Hazwani binti Mohd Rajme (Setiausaha Agung)

Suntingan : Lai Chin Wei (YDP)

Foto : Sharmilla binti Shafie (Media)

NEWS 03

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 29 Disember - 31 Disember - Telah berlangsungnya Kem Kepimpinan Majlis Penghuni Desasiswa Restu Sidang Akademik 2023/2024 di Universiti Sains Malaysia.

Kem Kepimpinan ini bertujuan untuk melatih ahli MPDR menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, mempunyai sifat bekerjasama antara kumpulan yang tinggi serta melatih pemikiran kritis bagi setiap peserta.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya, sharing session bersama Alumni MPDR, aktiviti outdoor seperti Hiking di Bukit Jambul, Sukan rakyat dan Team-building di sekitar kawasan USM, Night Walk di hutan berdekatan Dewan High Net serta Survival Cooking.

Diharapkan melalui Kem Kepimpinan ini, setiap peserta dapat mencapai objektif yang ingin disampaikan dan menjalankan tugas sebagai ahli MPDR dengan penuh dedikasi bersama-sama Majlis Tertinggi MPDR serta barisan pengurusan untuk menaikkan nama Desasiswa Restu ke peringkat yang lebih tinggi. Sekian, salam hormat.

Teks disediakan oleh : Nurul Athirah Hazwani binti Mohd Rajme

(Setiausaha Projek)

Suntingan : Jaz Zairil bin Abdul Jamin @ Abdul Jamil (Pengarah Projek), Lai Chin Wei (Yang Dipertua)

Foto : Sharmilla binti Shafie (Media)

NEWS 02

DESASISWA RESTU, PULAU PINANG, 5 Januari 2024 : - Pulau Pinang bakal ditimpa masalah gangguan bekalan air pada 10 hingga 14 Januari 2024. Universiti Sains Malaysia cawangan Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan akan menghadapi gangguan air dalam tempoh ini.

Pihak Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersedia untuk menangani krisis ketiadaan air dan menjaga kebajikan penghuni Desasiswa Restu serta pelajar USM yang tidak dapat pulang ke kampung halaman ketika gangguan air ini berlaku.

Pihak MPDR juga akan membuka bilik gerakannya untuk menyelaras dan membantu para penghuninya ketika waktu ini. 

Teks disediakan : Nurul Athirah Hazwani binti Mohd Rajme (Setiausaha Agung)

Suntingan : Lai Chin Wei (YDP)

Foto : Sharmilla binti Shafie (Media)

tiktok  tiktok  tiktok  tiktok

ALL RIGHTS RESERVEDDESASISWA RESTU © 2024icon admin