Universiti Sains Malaysia   |  Kampus Induk

PROGRAM “BELAJAR, MENYELAMAT, MARA: KEMPEN CPR & AED 2023”

[UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA PIHAK PERBADANAN PEMBANGUNAN BELIA PULAU PINANG (PYDC) DALAM MENGADAKAN PROGRAM KEMPEN CPR & AED 2023]

Pada 10 Disember 2023, Pihak Perbadanan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah mengadakan program “Belajar, Menyelamat, Mara: Kempen CPR & AED 2023” dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Persatuan Pemulihan Jantung Pulau Pinang (PHSS) atas sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertempat di LAVA Mansion, George Town.

Oleh itu, Pihak Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Pihak kami amat berbesar hati atas jemputan menghadiri ke program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi dan memberi manfaat yang besar kepada semua pihak.

#PYDC
#WOWHEBAT
#RESTUMEMBARA

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT - MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 5 SMK BUKIT GAMBIR

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Restu Hebat 🧡

Barisan Pengurusan serta Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) dengan kerjasama Pihak Pengurusan SMK Bukit Gambir akan mengadakan Program Khidmat Masyarakat - Motivasi Pelajar Tingkatan 5 pada 15 Disember 2023 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir.

Program ini bertujuan untuk memberi suntikan motivasi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada akhir bulan Januari nanti. Semoga pelaksanaan program ini dapat memberikan pendedahan kepada pelajar bagi pembentukan jati diri yang lebih cemerlang.

#WOWHEBAT
#KAMIMEMIMPIN
#MOTIVASIPELAJAR
#RESTUSAYANGSEMUA 

KEM KEPIMPINAN MAJLIS TERTINGGI MAJLIS PENGHUNI DESASISWA RESTU

Telah berlangsungnya beberapa aktiviti Kem Kepimpinan Majlis Tertinggi Majlis Penghuni Desasiswa Restu bertempat di Royal Belum, Perak baru-baru ini.

Beberapa aktiviti dijalankan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental para Majlis Tertinggi sewaktu kem dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah berakit. Para peserta dihanyutkan ke tengah-tengah tasik dan perlu bekerjasama antara satu sama lain untuk sampai ke destinasi asal semula. Para peserta juga didedahkan kepada teknik asas renangan seperti "Water Confident".

Selain itu, aktiviti Survival Cooking juga diterapkan dengan bermotifkan konsep bekerjasama kepada peserta melalui pendekatan penyediaan makan malam BBQ kepada semua yang hadir.

Aktiviti lasak fizikal seperti pendakian ke air terjun turut diterapkan kepada ahli supaya ketahanan ini dapat menjadi pemangkin untuk Majlis Tertinggi dapat memberi komitmen yang jitu ketika bertugas menjaga kebajikan dan kesejahteraan penghuni kelak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan Desasiswa Restu kerana telah memberi peluang kepada barisan Majlis Tertinggi untuk melatih diri menjadi seorang pemimpin yang lebih berkualiti. Diharapkan agar nama Desasiswa Restu akan terus berkembang ke peringkat yang lebih tinggi. Sekian, salam hormat. 

KEM KEPIMPINAN MAJLIS PENGHUNI DESASISWA RESTU SIDANG AKADEMIK 2023/2024 - "PERINTIS KARISMATIK OREN"

Telah berlangsungnya Kem Kepimpinan Majlis Penghuni Desasiswa Restu Sidang Akademik 2023/2024 di Universiti Sains Malaysia.

Kem Kepimpinan ini bertujuan untuk melatih ahli MPDR menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, mempunyai sifat bekerjasama antara kumpulan yang tinggi serta melatih pemikiran kritis bagi setiap peserta.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya, sharing session bersama Alumni MPDR, aktiviti outdoor seperti Hiking di Bukit Jambul, Sukan rakyat dan Team-building di sekitar kawasan USM, Night Walk di hutan berdekatan Dewan High Net serta Survival Cooking.

Diharapkan melalui Kem Kepimpinan ini, setiap peserta dapat mencapai objektif yang ingin disampaikan dan menjalankan tugas sebagai ahli MPDR dengan penuh dedikasi bersama-sama Majlis Tertinggi MPDR serta barisan pengurusan untuk menaikkan nama Desasiswa Restu ke peringkat yang lebih tinggi. 

tiktok  tiktok  tiktok  tiktok

ALL RIGHTS RESERVEDDESASISWA RESTU © 2024icon admin