KAMPUNG KLEWANG, PERAK - Pada 23 Disember 2023 yang lalu, Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) bersama Pengurusan Desasiswa Restu telah membuat kunjungan ke perkampungan orang asli di Royal Belum, Perak. Bagi mereka yang terbiasa dengan menggunakan kemudahan asas dalam kehidupan harian mereka, kami amat kagum dengan kaum Orang Asli yang hidup tanpa elektrik dan sumber air paip.
Penduduk suku kaum jahai ini juga perlu menempuh perjalanan menggunakan laluan air iaitu sungai selama 2 jam ke jeti sebelum berkunjung ke Pekan Grik bagi mendapatkan keperluan asas harian. Adat-adat yang dipersembahkan oleh suku kaum ini juga berlainan dengan adat yang biasa kita amati.
Pihak MPDR dan pengurusan teruja serta gembira melihat kanak-kanak yang pada mulanya malu akan kehadiran kami namun demikian kembali mesra setelah disapa. Pihak Pengurusan juga berkesempatan untuk bermain permainan bersama kanak-kanak ini dan suasana riang gembira bergema di perkampungan tersebut dek kehadiran kami.
Di samping itu, pihak MPDR mengambil peluang untuk berkenalan bersama beberapa orang kanan-kanak disitu sambil mengedarkan makanan percuma. Seperti kata salah seorang ahli MPDR, “Kanak-kanak di sini sangat mesra dan kami gembira dapat berkongsi kegembiraan bersama mereka,” katanya.
Begitulah pengalaman ahli MPDR dan pihak Pengurusan melihat kehidupan mereka secara langsung, menggantikan pengalaman melalui kaca televisyen. Kini setiap ahli dapat merasai sendiri pengalaman tersebut malah mendapat peluang untuk menimba serba sedikit pemahaman tentang kehidupan mereka di sana.
Teks disediakan : Nur Aliatul Aina binti Mohd Sihar (Setiausaha Kerja)
Suntingan : Lai Chin Wei (YDP)
Foto : Sharmilla binti Shafie (Media)